calipowirfan

full software & keygen

About US

Animated Cool Shiny Blue Pointer

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 (Versi 2)



Puas sudah Mr.Hac gelek godek Ubuntu 12.04, dan boleh dikatakan Ubuntu dan Unity sedang menghala ke arah landasan yang betul. Dalam versi yang akan datang iaitu 12.10 Quantal Quetzal, kita bakal dapat melihat revolusi Ubuntu ke arah 'quality'. Bagi mereka yang sudah selesai memasang Ubuntu 12.04 (clean install), anda boleh ikuti versi ke dua ini untuk melengkapkan lagi Ubuntu anda.


1. Pasang lxSplit

Jika anda seorang yang suka memuat turun video yang mempunya pecahan dalam format .001, anda perlu pasangkan lxSplit untuk menggabungkannya. Buka Terminal dan masukkan baris perintah seperti di bawah:

sudo apt-get install lxsplit

Untuk menggunakannya, anda cuma perlu arahkan ke folder video tersebut berada (contohnya 'cd Videos'), dan gunakan baris perintah ini untuk menggabungkannya:

sudo lxsplit -j nama_fail_.001


2. 'Munculkan Semula' Software Sources

Software Sources boleh didapati melalui Ubuntu Software Center, Synaptic Package Manager, ataupun Update Manager. Namun untuk lebih mudah mencapainya, anda perlu 'munculkan' ia semula kerana ia telah disembunyikan secara lalai dalam Ubuntu 12.04.

i) Pertama sekali sila pastikan direktori ~/.local/share/applications telah pun ada:

mkdir ~/.local/share/applications

ii) Kemudian jalankan perintah ini:

cp /usr/share/applications/software-properties-gtk.desktop ~/.local/share/applications/
sed -i s/NoDisplay=true/NoDisplay=false/ ~/.local/share/applications/software-properties-gtk.desktop

3. Tukar Server Untuk Melajukan Muat Turun

 Apabila Software Sources telah pun lebih mudah dapat diakses melalui Unity Dash, anda boleh tukarkan server seperti mana tutorial INI.


4. Pasang Gdebi Untuk Memudahkan Pemasangan Pakej .deb

sudo apt-get install gdebi

5. Pasang Pemain Media VLC

Untuk mudahkan kerja anda, anda boleh cari dan pasangkan VLC melalui Ubuntu Software Center. Versi terbaru iaitu 2.0.1 Twoflower tersedia dalam USC.

6. Pasang GIMP

Untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan gambar, anda perlukan GIMP. Pasang GIMP 2.8 RC 1 melalui PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update && sudo apt-get install gimp

7. Pasang Y PPA Manager

Anda perlu berurusan dengan pelbagai PPA? Y PPA Manager memudahkan anda untuk menguruskan PPA dengan lebih cepat dan teratur.

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/y-ppa-manager
sudo apt-get update
sudo apt-get install y-ppa-manager

8.  Pasang Jupiter Untuk Menjimatkan Bateri Laptop/Netbook

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/jupiter
sudo apt-get update
sudo apt-get install jupiter

9. Aktifkan Semula Startup Sound

Baru perasan yang anda tidak dapat mendengar startup sound? Anda boleh aktifkan ia dengan cara pergi kepada menu yang berada pada hujung atas di sebelah kanan desktop anda, dan klik pada 'Startup Applications...'. Klik 'Add' dan isikan:

Name: GNOME Login sound

Command:
 /usr/bin/canberra-gtk-play --id=”desktop-login” --description=”GNOME Login sound”

Comment: Startup Sound



10. Pasang MATE Desktop

Rindukan paparan persekitaran desktop lama dalam Gnome 2? Anda boleh pasangkan fork kepada desktop Gnome 2 iaitu MATE Desktop.

sudo add-apt-repository "deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu precise main"

sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-core mate-desktop-environment
- See more at: http://www.omghackers.com/2012/05/perkara-perlu-dilakukan-selepas.html#sthash.wBFFdcQK.dpuf
Terimakasih telah membaca artikel Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.04 (Versi 2). Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://calipow.blogspot.com/2014/02/perkara-perlu-dilakukan-selepas_3377.html. Jika ingin copy paste artikel ini, jangan lupa untuk mencantumkan link sumber.

0 komentar: